Saturday, 23 November 2013

Collagen Powder Shaklee




Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

 Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.


Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V. 

· Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.







FUNGSI KOLAGEN 
  • Menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik



KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN 
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN 

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai antara 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


TANDA TANDA PENUAAN 


    • kulit kusam
    • tak bermaya
    • tiada seri
    • kulit kedut dan mula kendur
    • pigmentasi kulit
    • cepat letih dan lesu
    • sakit badan dan sendi
    • mudah lupa
    • kurang penglihatan


    KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN 

    • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung. Kolagen Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah.
    • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
    • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
    • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
    • Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
    • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
    • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
    • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


    Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
    • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
    • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
    • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
    • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
    • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
    • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
    • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
    • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
    • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
    • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
    • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
    • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
    • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
    • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
    • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
    • Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
    • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
    • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.


    · KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN 
    · Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
    · Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit sepertiosteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. 



    Tel & fax : 04- 4681352
    Hp: 011-37240925 ( call, sms, whatsapps )

    Hubungi saya, Puan Nadia untuk tempahan, pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma

    Bintik kolestrol

    BINTIK KOLESTEROL

    Tau x apa tu bintik kolesterol?





    Ok, kali ni saya nak berbicara strategi seterusnya nak cegah penyakit Makan. KOLESTEROL




    Umumnya saya tengok masyarakat dah meningkat kesedaran nak kontrol kolesterol. Kalau saya jumpa pesakit, soalah pertama yang dia tanya ,” Kolesterol saya ok doc?”. Maknanya masyarakat harini dah makin celik sihat.



    Malangnya kesedaran nak jaga kolesterol tu datang bila dah sakit jantung. Itu yang tak best. Kalau kita kontrol semasa kita masih sihat itulah yang terbaik, Cegah Sebelum Parah.




    Bagaimana nak kontrol kolesterol? Di sini saya pilih tips yang praktikal, sebahagiannya daripada apa pesakit saya amalkan yang berjaya.


    1. Berkenalan dulu dengan kolesterol


    Kalau anda nak perang, kena kenali dulu musuh anda. Anda kena kenal dulu apa itu kolesterol. Sapa kolesterol jahat?



    i. LDL ii. Triglyceride( Tg )



    Sapa kawan kolesterol jahat?



    i. Transfat( lemak trans )

    ii. Polysaturated fat ( lemak politepu )

    Inilah musuh utama yang menyebabkan penyakit dan kena kenal supaya kita boleh elak. Anda boleh baca label pada barang, tengok ruangan lemak . ada tertulis jenis-jenis lemak ni.


    2. Periksa tahap kolesterol


    Masalah dengan kolesterol tinggi ialah kita tak berasa sakit. Tinggi macamana pun tak sakit. Kita hanya boleh tahu hanya dengan check darah. Jadi pergilah check darah tahap kolesterol anda.

    Ada pesakit, akan jadi xanthelasma( bintik putih disekeliling mata). Itu juga adalah tanda kolesterol tinggi.


    3. Elak makanan berlemak dan berminyak


    Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.



    4. Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis


    Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar.

    Masalah masyarakt Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.

    5. Jangan goreng berulang


    Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya


    6. Guna minyak sihat untuk tumis





    Minyak Naturel ni yang paling rendah

    kadar lemaknya setakat yg saya
    pastikan. Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.




    Pokok oat


    7. Makan oat

    Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.

    Tapi sekarang ni dah macam-macam produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.


    Inilah yang paling popular Quaker oat.

    Cuma rasanya tawar je. Kena pandai
    masak


    8. Guna minyak zaitun


    Minyak zaitun juga terbukti dapat kurangkan kolesterol. So mulakan guna minyak zaitun sekarang. Bagaimana nak guna, terpulang masing-masing. Ada yang makan terus, ada yang guna untuk masak. Kalau untuk tumis memang sesuai. Tapi untuk menggoreng, tak ekonomi, luruh rambut..:)




    Contoh olive oil dalam pasaran. Cuma

    harganya agak mahal lebih RM 30 ke atas
    sebotol.

    9. Makan makanan yang berserat tinggi


    High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.

    Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.

    Kurang makan daging merah, lebih makan ikan

    Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
    Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.


    11. Jangan lupa bersenam

    Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.


    Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.


    12. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak



    Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong ( terliur plak ) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.




    Dua jenama santah rendah lemak dalam pasaran



    Bagaimana pula dengan supplement yang boleh membantu?





    Tel & fax : 04- 4681352
    Hp: 011-37240925 ( call, sms, whatsapps )

    Hubungi saya, Puan Nadia untuk tempahan, pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma.

    COQ Health Plus

    COQ Health Plus





    Kandungan :-
    1. Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel.
    2. Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
    3. Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.




    1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.

    Manfaat Utama

    1. Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung

    1. Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi
    2. Penyakit Gusi
    3. Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10
    4. Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan
    5. Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki
    6. Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
    7. Penting untuk kesihatan ginjal
    8. Membantu merawat migrain.
    9. Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis
    10. Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh.


    Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?




    Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.

    Cara pengambilan
    1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.

    Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?

    • Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
    • semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
    Gejala kekurangan CoQ 10
    Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

    • riboflavin (B2),
    • niacinamide (B3),
    • asid Pantothenic (B5),
    • pyridoxine (B6),
    • cobalamin (B12),
    • asid folik,
    • vitamin C,
    • dan banyak unsur-unsur surih yang lain.

    Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.

    Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk: -

    - Kegagalan jantung kongestif
    - Tekanan darah tinggi
    - Angin
    - Prolaps injap mitral
    - Strok
    - Jantung aritmia, - cardiomyopathies
    - Kekurangan tenaga
    - Gingivitis
    - Dan kelemahan umum sistem imun.

    Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10  memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.

    Tel & fax : 04- 4681352
    Hp: 011-37240925 ( call, sms, whatsapps )

    Hubungi saya, Puan Nadia untuk tempahan, pertanyaan lanjut dan konsultasi percuma.